Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara
itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita.
Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita
sebagai seorang yang:
1) Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membabitkan
Perasaan
2) Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan
rasa jemu dan bosan.
3) Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang
dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang
dicintainya.
4) Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan
pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan
kepada dirinya.
5) Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu
menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi
lebih banyak dirasakan oleh wanita.
6) Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh
dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh
suara hatinya berbanding oleh akalnya.
7) Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang
dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itulah wanita
memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu,
wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku
kejam terhadap dirinya sendiri.
8) Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga
diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.
9) Bersikap penggoda kerana wanita dikatakan sentiasa memikirkan cara
untuk memenangi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan
wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan
pakaian yang seksi ditempat umum.
Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap
wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan
mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih
mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula,
kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai
persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh
lelaki.