Thursday, July 28, 2011

1 lagi PENGALAMAN BARU.. =)

          Salam semua, biar pun blog aku nie x der la semeriah blog2 lain yang femes gitue, tapi kadang2 terdetik jugak nak tulis ape yang aku rase dalam hati nie. Well lepas je aku habis exam untuk semester 3,tamat la azab aku sebagai pelajar untuk semester 3 yang aku rase paling azab sekali. Kalau di ikutkan 24 jam memang tidak cukup untuk mengharungi 4 bulan yang penuh dengan jadual, kelas dan sebagainya..Habis je semester nie, aku tros dok berehat dekat rumah, tapi baru je 2 minggu rehat, aku dpt panggilan keje untuk data entry.Company Cina dan my boss sungguh tegas.Well rezeki aku x lama dkat company tue, so aku menghabis kan cuti aku yang selebihnya dengan berjalan 1 semenanjung, biar pun tak la bejalan mane pun. Kedah, Melaka, Johor, Pahang, Selangor aku dah pegi bia pun tempat2 tue semua ade yang penah aku pergi dan tidak.
            Alhamdulillah bln 7 aku masuk alam pekerjaan yang baru dan aku sendiri 1st time ade pesekitaran yang macam nie.Sebelum nie penah jugak keje dekat tempat yang ramai orang, tapi dekat tmpt keje baru nie mmg sronok. Aku dapat keje part time dekat perangkaan kuala lumpur, sepatutnya aku kene keluar buat kerja banci, tapi dsebabkan aku tiada transport, so aku di beri pilihan tok dalam ofis atau buat keje luar. Aku ambil keputusan untuk duduk dalam ofis je, buat2 keje ofis yang x kan pernah habis hingga la projek nie tamat.
           Aku dapat kawan baru, kenalan baru, persekitaran baru yang membuat kan aku rase besemangat je nak pergi keje. Jangan kate hari biasa, aku sanggup buat OT sebab sronok untuk berada dekat ofis nie. Macam-macam ragam dan macam2 perangai manusia yang aku jmp dekat sini.Kebanyakan mereka same dengan aku, pekerja sementara sebelum diaorang dapat keje tetap.Aku tak nafi kan ade dikalangan mereka nie terpelajar.Budak lepasan Degree, Diploma, STPM semua ade..
         Aku dapat masuk group 7 "UNTUNGLA" ktorg punyer trade mark, dan aku rase mmg untung pun sbb kumpulan lain tak macam kumpulan aku. Dengan perangai BOS yang sangat2 humble dan peramah buatkan kumpulan nie betambah rapat antara satu sama lain. Tak tahu la cam mane perasaan nak berpisah bln 9 nanti. Mau teharu aku dbuatnyer. Sampaikan aku sanggup tolak pelawaan angah n cik mie tok jage angah pas dia besalin nanti semata2 nak keje kat perangkaan nie..sronok mmg sronok..
        Dalam mase yang sama, aku x nafi yang aku rindu kan kawan2 dekat UPSI, lagi2 geng2 aku sendiri..Buat x sabar je nak blk UPSI dengan semangat baru bia pun x der la semangat mane kan..hehe..Kali nie aku banyak membebel dari upload pic, x pe,nanti aku kumpulkan gambar2 group 7 perangkaan nie..tine nie tngah lunch, so aku habiskan masa aku dengan blog aku yang dah lama besarang..hehe..salam semua..jumpa lagi..

Friday, April 15, 2011

 Ramai yang tak suka akan lipas ni sebab geli jijik dan sebagainya. Tapi tak salah kalau kita tau beberapa fakta yang menarik tentang lipas ni.
gambar lipas
  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
  11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
  13. Lipas ada gigi di dalam perutnya
  14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha
Hohoho banyak rupanya yang kita tak tau pasal lipas.. lepas ni kalau jumpa lipas kat rumah jangan la bunuh ye.. tangkap untuk buat ujikaji betul ke fakta-fakta ni semua hehehe..
Bia pun banyak benda yang kita x tahu tentang lipas..aku tetap tak suke lipas..GEELLLLIIIII....

Thursday, March 17, 2011

Rindu Dendam !!!!!

         Setelah beberapa hari aku memendam rindu pada rumahku, kotarayaku, kuara rumpuru ( dlm bhs jepun) hehehe..hari nie aku nekad nak balik rumah juga biarpun keje aku belambak-lambak smpai kene  bawa balik rumah, kau tak, tak tidur bermalam-malam la aku selama 3 atau 4 minggu. kalau aku bagi tahu orang lain atau cerita dekat classmate aku, sure diaorang x percaya..mana tak nya aku kene hantar assgment seminggu 4 assgment sekali shoot kene hantar..dengan projek yang tertunda di sebabkan aku balik Cheewwwrass..hahaha..biar pun kawan-kawan aku menegah aku untuk berlama-lamaan di rumah, tapi hati nie membuak2 untuk balas dendam rindu pada rumah kotak kecik tingkat 13 tue..
    
        Time aku menaip blog nie, aku kat Mcd, baru saja melepaskan rindu dendam dekat 'BIG MAC'..sorang2 pun layan jugak..punya la aku kepingin bangat yang teramat sangat pada Mcd nie.. korang tau tak, dekat bumi Tg Malim nie x der Mcd, tapi yang best nyer ada Secrete Recipe, Pizza Hut, Pau Yik Mun yang amat pemes bile korg menjejak kan kaki kat tg malim..hehe..

       Actually aku tengah tunggu husna, sahabat baik ku habis kerja, dia habis kol 9.30..aku ade 3 jam sebelum Una abis keje, so aku jenjalan kat masjid India, Central Market ( beli zana punyer kipas, kalu x sibuk meminjam kipas aku haha..) sampai le ke Mcd nie..tapi lambat tol mase berlalu..Mcd nie dah la sojuk kemain lagi. Aku yang pakai cardigen nie pun nak boku (beku, loghat n.9) hehe..aku rase pihak Mcd nie memang saje soh customer dia balik cepat, jangan dok lame2 mcm aku skang nie..

       Dah alang2 aku dok melangut depan BLOG yang x berapa cantik nie,,, aku nak kongsi pic aku time g cameron..chantek2 tau..haha..tengokla sape model nyer kan ( aku la tue) hehe..enjoy ur self k..

p/s: d sebabkan bateri nak kong, n wifi Mcd yg TEBAIIKK skali kat alam nie, menyebabkan aku x leh upload pic2 aku..x pe2, t aku upload k.. " seperti yg dijanjikan" hehe

Friday, March 11, 2011

RINDU....

            Salam..sudah lama sangat aku x coret apa-apa dalam blog nie kan..sejak balik dari cuti bulan 2 hari tue, kehidupan makin sibuk. sibuk dengan kelas, assigment tak payah cerita la, belambaknya sampai x cukup jari untuk di bilangkan. Program fasilitator lg, simulasi, kajian lapangan..semua ini menyebabkan aku tak dapat balik rumah sampai lah ke saat ini. Dua minggu berturut-turut aku dapat panggilan dari IBU TERCINTA, bertanya bilakah anak dia yang seorang ini nak balik rumah..RINDU katanye..hehe..permulaan nya aku rasa biasa, maklum la, rumah dekat senang nak balik, tapi hakikatnya ada saja aktiviti yang melibatkan diri ini.  

         Selang beberapa hari, aku dapat sms. Aku lihat pada skrin siapa penghantar " IBU TERSAYANG" tanpa lengah aku terus baca sms yang di beri..YA ALLAH..rindu betul ibu aku dekat aku..ibu tanya lagi bila aku nak balik ke rumah..aku tersenyum sendiri bila membaca..tapi aku tidak membalas sms yang ibuku kirimkan..mungkin masa itu aku hendak ke kelas, jadi aku tak sempat nak reply...malam nie pula. pukul 11 malam, ibu telepon lagi..bertanya padaku, bila nak balik..ibu dah rindu..1 rumah rindu kat aku...kali nie buat aku tesentuh..RINDU nya seorang ibu kepada anaknya...habis sahaja perbualan dengan ibu ku, aku beri sms yang ringkas pada ibu ku.." ila RINDU dekat ibu jugak, tapi masa meyebabkan ila x dapat balik ke rumah..." sambil sms, air mata ku keluar dan time tue la aku terasa yang aku betul2 RINDU...

Sms yang aku terima dari IBU :
 " hai, apa khabar anak ibu yang tersayang ni? RINDU ibu dengan ira. Belajar ngan sungguh2 ya. Ibu sihat je cume masalah yang sama je dari dulu hingga sekarang. Tue je lah.BELAJAR RAJIN2 YE SAYANG..PELUK CIUM DAN SAYANG SELALU DARI IBU MU"

                " YA  ALLAH,  ENGKAU  PERMUDAHKANLAH  JALAN  KEHIDUPAN  IBUKU. ENGKAU  BERILAH  KESENANGAN  HATI  PADA  IBUKU,  JANGANLA  ENGKAU SUSAHKAN  HATI  IBUKU  DENGAN  BENDA-BENDA  YANG  MERUNGSINGKAN  HATI DAN  PEMIKIRAN  IBUKU. ENGKAU  KUATKAN  SEMANGAT  IBUKU,  TETAPKAN PENDIRIANNYA  SUPAYA  SENANG  IBUKU  UNTUK  MEMBUAT  KEPUTUSAN. YA ALLAH,  JIKA  IBUKU  TIDAK  DAPAT  MENANGGUNG  SENGSARA  ATAU  KESUSAHAN  HATI  YANG  AMAT  SANGAT,  ENGKAU  PINDAHKANLAH  KESUSAHAN HATI  ITU  KEPADA  AKU,  SUPAYA  HATI  IBUKU  SENANG"... AMIN

Tuesday, February 15, 2011

cara lelaki memahami perempuan..

Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara
itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita.
Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita
sebagai seorang yang:

1)      Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membabitkan
Perasaan

2)      Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan
rasa jemu dan bosan.

3)      Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang
dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang
dicintainya.

4)      Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan
pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan
kepada dirinya.

5)      Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu
menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi
lebih banyak dirasakan oleh wanita.

6)      Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh
dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh
suara hatinya berbanding oleh akalnya.

7)      Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang
dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itulah wanita
memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu,
wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku
kejam terhadap dirinya sendiri.

8)      Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga
diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.

9)      Bersikap penggoda kerana wanita dikatakan sentiasa memikirkan cara
untuk memenangi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan
wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan
pakaian yang seksi ditempat umum.

Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap
wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan
mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih
mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula,
kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai
persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh
lelaki.

Friday, January 21, 2011

upload pic...


  makeup ke2 selepas hussal..beza nyer eyeshadow..

mira nyer mate pakai eyeshadow hijau
  =)
 yang nie Hussal..pembayang mata aku guna warna ungu..so cam ne??


nie gaya manje Hussal..hehe
 tahi lalat tue yang mahal...PEMANIS..


kali nie aku upload gambar kawan-kawan aku yang dah aku solek Hussal dan Mira..hehe..tak tahu la ok e tak..aku rase mamcam ok jer..tapi setiap orang kan ada pendapat masing2..hehe,,

Wednesday, January 19, 2011

BerJaYa.. =)

Salam semua..hehe..sesuai dengan aku nyer tajuk, aku berjaya buat sesuatu..disebabkan malam nie aku free, tak der kelas atau silat, so aku bercadang nak buat rheasal make-up untuk Hussal..Bulan Mei nie dia akan kawen, so aku sebagai sahabat rapat nak tolong dia dalam makeup time dia Hussal nikah..Tadi kali pertama aku makeup Hussal dan Mira..menjadi jugak akhirnya..hehe..tak sangke pulak cantik..
 Wat masa nie aku x der gambar diorang lagi, t aku upload tok bagi korang tengok..mana tau bleh bagi cadangan ke..ok la, esok ada kelas pukol 8 a.m...awalnyer, tak dapat nak bangun lambat esok..huhu..

Saturday, January 8, 2011

Bendahari?????

 Pagi2 bgun pada hari sabtu memang mencabar la..hehe..yela orang laen sok tido, kite kene bgun sebab ade bomba..haha..sem nie masuk unit berunifom bomba..Dah la masuk lambat klas, kene pulak duduk kat barisan depan sekali..haha, padan muke, sape soh lmbt lg..
 Yang bestnye, dah la lambat, siap kene lantik jadi BENDAHARI, haha..kalu x  ncik tue soh aku jadi setiausaha sebab hussal reject jawatan tue..dari setiausaha bih baik aku amek jd bendahari..haha..so Hussal la kene jadi setiausaha..haha..tahniah to Hussal..kikiki..
  Petang pergi pasar malam lak, biasa la kami dah rindu dekat pasar malam TG MALIM..still meriah macam aku mula2 masuk UPSI dulu..hehe..time pasar malam nie la kita bleh tengok ramai lagi lelaki dekat bumi tg malim nie..haha, harap kan budak laki dekat kampus upsi, memang sussah nak jumpa la..
  Paling teringin sekali cari rangka ayam..sluurrrppp..sodap..haha..selain tue aku beli behun sup saudagar, bleh tahan pedas nye, sampai x sedap badan perot aku nie..haha..kali nie aku upload gambar kengkawan aku k..t sesape yang beminat leh la kenal2...masih ade yang single dari kalangan geng2 aku nie..haha

Yang ni name nya..Zana, kalu nak gurau2 aku panggil dia SAZNA...haha..Zana nie memiliki sepasang mata yang cantik..hehe..mate artis gitue..

Friday, January 7, 2011

klas2...

esok ade klas tp still x tdo lg mlm nie..hehe..Blk kla td ade pejumpaan plak...sibuk nak wat atibiti jer
mcm nak join , tp ade intebiu bagai la pulak..leceh jgak nak join aktibt yg dorg anjurkan nie..hehe
ari nie asik gelak je keje nya..hahaha..dpt kawan2 yg ngajing x sudah2..
T aku nak upload pic kwn2 ku d upsi k..hehe..tanpe dorg, dunia aku kat upsi nie mayb kelam je kot..thnx my frenz...

Thursday, January 6, 2011

1st time...

salam pd semua..hehe..1st aku menaip utk blog nie..aku pun x tau nape nak wat blog..may b sbb saranan kwn2 aku yg suke tngok blog org laen, so aku pun wat kptsan tok wat blog sendiri..hehe..mcm best gak ade blog nie..mane tau leh wat side income lak tok dr sendr kan..hehe..Coretan petame mayb mcm ntah ape2, tp t aku upgrade kasi up same level ngan blogger2 laen..hehe  cau..< ' _' >